Events

MAJAS Member Lecture Series (June 2022)

MAJAS Member Lecture Series in June 2022

Date: 22 June 2022 (Wednesday)
Time: 12:00 PM - 1:30 PM
Platform: Online via Microsoft Teams (https://bit.ly/3t1Tnl9)
Admission: FREE

Speaker: Dr. Md. Saffie Abdul Rahim
Program Sejarah, Universiti Malaysia Sabah

(Lecture will be conducted in Malay)
 

PENGLIBATAN PEMODAL JEPUN DALAM SEKTOR PERIKANAN DI BORNEO UTARA, 1920AN HINGGA PASCA PERANG DUNIA KEDUA
 
Pemerintahan Maharaja Meiji (1867-1912) mewarisi keadaan sosioekonomi dan politik tidak stabil dari pemerintahan kesyogunan Tokugawa. Keadaan sosioekonomi sedemikian mendorong rakyatnya bermigrasi ke seberang laut. Ketika itu Borneo Utara di bawah pemerintahan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) turut menghadapi masalah kekurangan buruh serta modal bagi mengeksploitasi sumber ekonomi. Justeru pihak BNBCC bertindak menggalakkan orang Jepun bermigrasi ke Borneo Utara. Berlakunya situasi saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan ekonomi kedua belah pihak menyebabkan wujud komuniti kecil Jepun di Borneo Utara sehingga pasca Perang Dunia Kedua. Mereka berperanan sebagai buruh dan pemodal dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi khususnya sektor perikanan. Penyelidikan in bertujuan menganalisis kegiatan ekonomi berasaskan perikanan masyarakat Jepun dan impaknya kepada perkembangan ekonomi Borneo Utara sekitar 1920-an hingga Pasca Perang Dunia Kedua. Penyelidikan ini disempurnakan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan dengan menjadikan sumber primer dalam bentuk dokumen bertulis sebagai sumber rujukan utama. Sumber-sumber ini diperolehi dari arkib negeri dan negara, ibu pejabat dan agensi yang berkaitan. Sumber-sumber in kemudian dianalisis dengan menggunakan pendekatan kronologi penulisan sejarah sebagai kaedah penulisannya. Melalui penelitian yang dilakukan, kajian in mendapati kegiatan ekonomi berasaskan sektor perikanan masyarakat Jepun di Borneo Utara member impak positif kepada perkembangan teknologi dan hasil keluaran perikanan Borneo Utara. Bagaimanapun impak terhadap perkembangan buruh tidak seperti yang diharapkan.
 
 

Event Archives

Organizing an event?

More information at our grants section