Events

MAJAS Public Lecture Series: Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) Jepun ke Malaysia 19662010

The Japan Foundation Kuala Lumpur, Malaysian Association of Japanese Studies (MAJAS) and the Japan Studies Programme at University of Malaya’s Department of East Asian Studies jointly present a public lecture entitled "Japan's Official Development Assistance (ODA) To Malaysia 19662010: Impact on Malaysia's Socioeconomic Development".

The lecture will be delivered in Bahasa Malaysia.

Date: 1 December, 2015 (Tuesday) Time: 1 p.m.3 p.m. Venue: Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya Admission: Free

For further enquiries, please contact us at 03 2284 6228 or MAJAS at 03 7967 5631.

Download the event flyer by opening either one of the links below, right-clicking the page and selecting “Save As…” from the drop-down menu.

1. Full (pdf/440 kb) 2. Front only (jpg/380 kb) 3. Back only (jpg/571 kb)

Abstract

Pembentangan ini membincangkan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) Jepun ke Malaysia dari tahun 1966 hingga 2010 serta impaknya ke atas pembangunan sosioekonomi Malaysia. Dalam tempoh 44 tahun ODA Jepun ke Malaysia, komitmen sebanyak USD2,780.01 juta ODA telah disalurkan bagi melaksanakan 395 projek keseluruhan. Komitmen bantuan teknikal merupakan yang terbesar iaitu sebanyak USD1,440.35 juta diikuti pinjaman Yen sebanyak USD1,242.45 juta, manakala bantuan geran adalah yang terkecil iaitu sebanyak USD97.21 juta. Bagi menilai impak kecekapan bantuan terhadap prestasi berterusan pertumbuhan sosioekonomi Malaysia, analisis ke atas tiga sektor utama iaitu tenaga, komunikasi dan sumber manusia dilakukan kerana menjadi penerima ODA paling dominan.

Hasil analisis mendapati bahawa penyaluran 44 tahun ODA Jepun ke Malaysia meninggalkan tujuh impak yang signifikan. Pertama, ODA berjaya mewujudkan situasi menang-menang di atas faktor kesalingbergantungan Kuala Lumpur-Tokyo. Kedua, ODA menjadi pemangkin kepada projek-projek ekonomi baharu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada sektor swasta untuk terus berkembang. Ketiga, ODA Jepun sebagai instrument yang mengukuhkan hubungan ekonomi Kuala Lumpur-Tokyo. Keempat, sentimen anti Jepun tidak mengganggu gugat hubungan bilateral Malaysia-Jepun. Kelima, Malaysia sebagai model kejayaan ODA Jepun kepada negara dunia ketiga. Keenam, ODA berjaya mewujudkan projek-projek mega serta berprofil tinggi. Ketujuh, projek ODA perlu disokong penuh oleh setiap pemimpin tanpa mengira ideologi politik.

Secara keseluruhannya, ODA antara bantuan yang kondusif kerana telah memenuhi keperluan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek pembangunan sosioekonomi di Malaysia, manakala kepada Jepun, ODA merupakan instrumen yang diadaptasi bagi menjaga kepentingan nasional dalam hubungan diplomasi kedua-dua negara dimeterai, melambangkan kematangan diplomasi kedua-dua negara atas konsep “timbal-balik”.

Speaker's profile

iqbalDr. Mohd Ikbal bin Mohd Huda merupakan bekas pelajar Program Pengajian Jepun di Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2008 dan ijazah PhD dalam Pengajian Jepun pada tahun 2015. Beliau pernah berkhidmat sebagai Tutor di Jabatan Pengajian Asia Timur dari tahun 20082013 dan telah mengendalikan kelas-kelas tutorial; antaranya Hubungan ASEAN-Jepun, Dasar Luar Jepun, Isu-Isu Keselamatan Asia Timur dan Pertikaian Wilayah Asia Timur. Beliau juga merupakan Pengarah bagi Asian Peace Network (APN) serta Ahli Jawatankuasa bagi Malaysian Association of Japanese Studies (MAJAS) dan Jabatan Pengajian Asia Timur.

Event Archives

Organizing an event?

More information at our grants section