Loading Events

« All Events

“I Love Sushi”, The Japan Foundation Cultural Travelling Exhibition

Start Date: 7/3/2026 - End Date: 7/6/2026 :::

The Japan Foundation Cultural Travelling Exhibition 

“I LOVE SUSHI”

in Sabah

at Sabah Islamic Civilization Museum

From 7 March – 7 June 2026 | 9:00 AM – 5:00 PM

Opens Daily

About The Exhibition

The I Love Sushi Exhibition invites visitors to engage with sushi in a deeper and more meaningful way, not merely as a popular dish, but as a long narrative that spans history, culture, and human creativity.

Held at the Sabah Islamic Civilization Museum, in collaboration with The Japan Foundation, Kuala Lumpur (JFKL), the exhibition will run from 7 March to 7 June 2026.

Sushi is often regarded as the face of washoku, or Japanese cuisine to the general public. However, each bite lies a rich and layered historical journey. From fully fermented nare-zushi to nigiri-zushi that came about during the Edo period, the evolution of sushi reflects changes in Japanese ways of life, including the philosophy of mottainai, the appreciation of resources without waste.

Through captivating visual displays, interactive exhibition materials, and a simulated sushi shop experience, visitors will be able to experience the artistry and innovation that has shaped the sushi we know today. The exhibition can be enjoyed by everyone, whether they are long-time sushi lovers or only knowing about it for the first time.

Recognized by UNESCO as an Intangible Cultural Heritage, sushi as a form of washoku continues to evolve as a symbol of Japanese culture celebrated worldwide.

Pameran Kembara Kebudayaan Japan Foundation

I LOVE SUSHI

di Sabah

at Muzium Tamadun Islam Sabah

Dari 7 Mac – 7 Jun 2026 | 9:00 AM – 5:00 PM

Buka setiap hari

Tentang Pameran Ini

Pameran I Love Sushi mengajak pengunjung mendekati sushi dengan cara yang lebih dekat dan bermakna, bukan sekadar sebagai hidangan popular, tetapi sebagai sebuah kisah panjang yang merentas sejarah, budaya dan kreativiti manusia.

Bertempat di Muzium Tamadun Islam Sabah dengan kerjasama The Japan Foundation, Kuala Lumpur (JFKL), pameran ini akan berlangsung dari 7 Mac 2026 hingga 7 Jun 2026.

Sushi sering dikenali sebagai makanan Jepun yang ringkas dan comel. Namun di sebalik setiap suapan, tersimpan perjalanan sejarah yang kaya dan berlapis. Daripada nare-zushi yang diperam sepenuhnya sehinggalah kepada nigiri-zushi yang muncul pada era Edo, evolusi sushi mencerminkan perubahan cara hidup masyarakat Jepun, termasuk falsafah mottainai, menghargai setiap sumber tanpa pembaziran.

Melalui paparan visual yang memikat, bahan pameran interaktif serta pengalaman simulasi suasana kedai sushi, pengunjung akan dapat merasai sendiri seni ketelitian, keseimbangan rasa dan inovasi yang membentuk sushi seperti yang kita kenali hari ini. Setiap ruang pameran direka agar mudah difahami dan dinikmati oleh semua, sama ada pencinta sushi mahupun mereka yang baru pertama kali mengenalinya.

Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara, sushi terus berkembang sebagai simbol budaya Jepun yang diraikan di seluruh dunia.

The venue

Sabah Islamic Civilization Museum (Muzium Tamadan Islam Sabah)

Jalan Menteri, Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

ADMISSION FEE: RM 2 (Malaysian Guests);  RM 15 (Non-Malaysian Guests) 

More information here: https://museum.sabah.gov.my/?q=content/islamic-civilisation-museum


Last updated: 26/2/2026

Details

Start:
7/3 @ 9:00 am
End:
7/6 @ 5:00 pm
Event Categories:
,