Events

MAJAS Public Lecture Series: Ciri-Ciri Luaran dalam Perbualan Bahasa Jepun dari Sudut Pengambilan Giliran

Assoc. Prof. Dr. Roslina Mamat seeks to bring audiences closer towards understanding everyday Japanese interaction, through the system of cues that regulates who is to speak and when. With more than 20 years’ teaching experience at Chuo University in Tokyo, University of Malaya and her current workplace of Universiti Putra Malaysia under her belt, she will shed light on an oft-ignored aspect of discourse and how it differs between cultures.

The lecture will be delivered in Bahasa Malaysia.

The event is part of the MAJAS Public Lecture Series, an annual programme aimed at promoting greater understanding of Japan and its society as well as developing Japan Studies here in Malaysia. It is jointly organised by The Japan Foundation, Kuala Lumpur, Malaysian Association of Japanese Studies (MAJAS) and the Japan Studies Programme at University of Malaya’s Department of East Asian Studies.

Date: 10 March (Thursday), 2016 Time: 2.00 p.m. Venue: Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Admission: Free

For further enquiries, please contact us at 03 2284 6228 or MAJAS at 03 7967 5631. Download the event flyer by opening either one of the links below, right-clicking the page and selecting “Save As…” from the drop-down menu. 1. Full (PDF/438 KB) 2. Front only (JPG/292 KB) 3. Back only (JPG/606 KB) Abstract

Bahasa sebagai sistem komunikasi pertuturan manusia mempunyai peraturan tidak bertulis, mengalami perubahan dari semasa ke samasa dan mempunyai ciri budaya masyarakatnya yang tersendiri. Seseorang yang menuturkan bahasa Jepun tanpa menerapkan budaya atau ciri-ciri perbualan bahasa Jepun akan menyebabkan ujaran yang diterbitkan kedengaran ‘kasar’, formal dan tidak mesra. Oleh itu, adalah penting bagi pengkaji bahasa atau penutur kedua bahasa Jepun mengetahui ciri-ciri luaran bahasa Jepun bagi memahami budaya masyarakatnya yang menitikberatkan kesopanan dalam segala aspek kehidupan. Dalam bidang bahasa, kajian tentang analisis perbualan amat relevan dengan kajian budaya. Analisis perbualan menghubungkan masyarakat dengan bahasa dan budaya. Unsur budaya seperti ‘tidak berterus-terang’, ‘berterus-terang’, aspek kesantunan serta ciri-ciri luaran seperti maklum balas minimal, celahan, pertindanan dan sebagainya dapat dilihat dengan mudah dan menjadi bukti akan sifat bahasa dan budaya masyarakat yang menuturkannya.

Kertas kerja ini merupakan hasil penulisan sebahagian daripada beberapa penyelidikan penulis terhadap pemandu pelancong berlesen ketika mereka berinteraksi dengan pelancong Jepun serta penyelidikan terhadap perbualan penutur jati bahasa Jepun dalam konteks perbualan wacana politik. Perbualan dirakam menggunakan IC Recorder. Rakaman tersebut kemudian dibuat transkripsi dan diberi simbol-simbol tertentu. Rakaman berdasarkan transkripsi didengar berulangkali bagi mendapatkan ‘bentuk’ dan ‘jenis’ perbualan yang dihasilkan oleh penutur. Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kelemahan dalam interaksi pemandu pelancong tempatan dalam berbahasa Jepun yang mengakibatkan salah faham dan terjejasnya komunikasi yang harmoni. Manakala, aizuchi iaitu maklum balas minimal yang digunakan oleh penutur asli dalam wacana politik mengandungi berbagai bentuk dan fungsi bukan sekadar ‘continuer’ semata-mata.

Speaker's profile

Photo on 1-13-16 at 8.14 AMDr. Roslina Mamat merupakan Profesor Madya dan Ketua Jabatan di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Bidang kajian beliau adalah analisis perbualan dan budaya popular Jepun. Beliau telah mengajar bahasa Jepun lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat sebagai pengajar di Universiti Malaya dan Universiti Chuo, Tokyo. Beliau telah memperoleh ijazah pertama dalam bidang ekonomi dari Universiti Hiroshima (1994), Ijazah sarjana dalam bidang pragmatik bahasa Jepun dari Universiti Malaya (1999) dan Ph.d dalam bidang analisis wacana bahasa Jepun, juga dari Universiti Malaya (2004).

Beliau telah menerbitkan lebih daripada 50 hasil kajian terdiri daripada buku, artikel jurnal, bab dalam buku dan modul bahasa Jepun. Antara artikel beliau dalam jurnal utama adalah “Short Utterances In Japanese Language Conversation Among Japanese and Malaysian Tourist Guides” dalam Malaysian Journal of Communication, “Celahan dalam perbualan pemandu pelancong Malaysia dan Pelancong Jepun” dalam Journal of Language Studies, “Masyarakat Jepun dalam Pelancongan: Satu Penelitian Budaya” dalam Malaysian Journal of Communication, “Imej Karakter Animasi Jepun (Anime) dalam Kalangan Remaja di Selangor” dalam Jurnal Teknologi dan “Ciri-ciri Perbualan dan strategi komunikasi pemandu pelancong Tempatan dalam Bahasa Jepun” dalam Jurnal Linguistik Malaysia.

Event Archives

Organizing an event?

More information at our grants section